Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita hamil ‘kereta sport’

11:29am 15/06/2016 Pak Roshan 3396 views Global
GAMBAR ultrabunyi kandungan isteri lelaki itu yang dikatakan seperti ‘kereta sport.’

GAMBAR ultrabunyi kandungan isteri lelaki itu yang dikatakan seperti ‘kereta sport.’

London: Sepasang suami isteri teruja apabila ultrabunyi kandungan bayi mereka yang baru berusia 24 minggu nampak tidak ubah seperti kereta kecil yang turut mencetuskan keseronokan pengguna Internet lain.

Pengguna Reddit, Brewhaus3223 memuat naik gambar ultrabunyi itu ke Internet dengan keterangan: “Isteri saya hamil kereta sport.”

Katanya, dia dan isteri mempunyai anak perempuan menerusi persenyawaan i vitro (IVF) dan tanpa disangka isteri hamil kali ini secara semulajadi.

“Memang ajaib apabila isteri hamil secara semulajadi walaupun sekilas pandang gambar ultrabunyinya menunjukkan kandungannya seperti kereta sport,” katanya.

Gambar ultrabunyi itu mencetuskan pelbagai gurauan berkaitan kereta oleh pengguna Reddit lain termasuk gelaran ‘The Fast and the Fetus’ merujuk kepada francais filem popular The Fast and the Furious, serta ‘The All-New Ford Fetus!’ seolah-olah iklan kereta Ford.

Brewhaus3223 juga menulis, anak yang bakal dilahirkan itu ‘kereta lelaki.’ – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan