Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita gadai nyawa demi iPhone

9:59am 24/02/2016 Pak Roshan 3818 views Global
SEORANG wanita memegang telefon iPhone 5 miliknya yang berjaya ditemui di dasar tasik.

SEORANG wanita memegang telefon iPhone 5 miliknya yang berjaya ditemui di dasar tasik.

Liuzhou (China): Seorang wanita sanggup menggadaikan nyawanya dengan terjun ke dalam tasik semata-mata bagi ‘menyelamatkan’ telefon pintar iPhone 5 miliknya yang terjatuh.

Kejadian berlaku ketika wanita tidak dikenali itu bersiar-siar di Taman Longtan di sini sebelum telefonnya terjatuh ke dalam tasik.

Tanpa berfikir panjang wanita berkenaan terus terjun ke dalam tasik dan menyelam untuk mencari telefon miliknya itu.

Seorang saksi, Deng berkata, dia berjalan di taman itu sebelum mendengar bunyi percikan air yang kuat.

Katanya, dia menyangka ada orang yang terjatuh dan segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum melihat seorang wanita berenang di dalam tasik.

“Wanita itu berada tidak jauh dari tebing dan saya melihat dia beberapa kali menyelam ke dalam air.

“Tidak lama kemudian dia timbul sambil memegang telefon bimbitnya dengan perasaan gembira.

“Saya tidak pasti telefon berkenaan masih berfungsi lagi atau tidak,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurus taman memberi amaran, tindakan wanita itu sangat bahaya kerana tasik berkenaan mempunyai kedalaman lebih dua meter.

Tindakan wanita itu sebenarnya tidak menghairankan kerana golongan muda di China sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki telefon keluaran iPhone.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan