Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita ditikam dan dirompak

kak LELA

TAWAU: Seorang wanita berusia 40 tahun ditikam di tangan, dada dan belakang badan menggunakan pisau ketika dirompak rantai emas dan dompet di Simpang Sin San Jalan Utara dekat sini.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika wanita itu sibuk memindahkan barang di sebuah tempat mencuci kereta dan tidak menyedari seorang lelaki sedang mengekorinya.

Seorang lelaki yang ingin dikenali dengan nama Chang membantu mangsa yang ditemui berlumuran darah sebelum seorang wanita yang menjual buah-buahan di gerai berdekatan kejadian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan insiden tersebut.

Menurut wanita itu, dia ternampak perompak itu melarikan diri setelah merompak rantai emas dan dompet mangsa.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tawau oleh pihak polis untuk rawatan. -SUMBER PHOTO- TheBorneoPost

 

Komen


Berita Berkaitan