Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita ditemui mati tergantung, lelaki cuba bunuh diri

SEORANG wanita berusia lingkungan 20-an ditemui mati tergantung, di sebuah unit kediaman di Apartmen Indah Jaya, dekat Batu 4, Sandakan. – Foto Ihsan Pembaca

 

SANDAKAN: Seorang wanita ditemui mati tergantung, manakala seorang lelaki ditahan selepas cuba mengambil tindakan sama dalam dua kejadian berasingan di daerah ini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 petang, seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditemui mati di sebuah unit kediaman di Apartmen Indah Jaya, dekat Batu 4, manakala lelaki berusia 32 tahun ditahan semalam selepas polis menerima laporan berhubung cubaannya menggantung diri pada 4 Jun lalu di sebuah kampung dekat Batu 7.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek, berkata dalam kes di Batu 4, polis menerima laporan daripada orang awam melihat wanita terbabit tergantung dari luar tingkap rumah.

“Sepasukan polis yang tiba kemudian menjalankan pemeriksaan sebelum menemui wanita itu dalam keadaan tergantung dengan kabel elektrik di tepi tingkap bilik tidur.

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui kesan pergelutan, selain tiada luka atau kecederaan lain pada tubuhnya kecuali kesan jerut di bahagian leher.

“Wanita terbabit dipercayai membunuh diri dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk tindakan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas berhubung tangkapan seorang lelaki semalam, Abdul Fuad berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital berhubung cubaan bunuh diri berkenaan.

“Hasil siasatan, suspek cuba membunuh diri ketika berada di bilik di rumahnya pada awal bulan ini menggunakan kain. Kejadian disedari bapanya, lalu bergegas memotong kain terbabit sebelum dia dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di wad psikiatrik.

“Maklumat diterima, sejak 2017 lelaki itu membuat pemeriksaan setiap sebulan sekali di wad berkenaan. Dia turut memberitahu doktor bahawa dia mahu membunuh diri kerana mengalami sakit kepala melampau,” katanya sambil menambah lelaki itu mendakwa berhalusinasi mendengar suara dan nampak bayang-bayang.

“Suspek dilaporkan dalam keadaan stabil dan hasil ujian air kencing dibuat pihak hospital mendapati dia negatif daripada pengambilan dadah. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.” katanya. –¬†Oleh Hazsyah Abdul Rahman/BH Online

Komen


Berita Berkaitan