Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita ditemui terbaring dalam longkang

Pasukan perubatan membantu mengangkat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan. Manakala, gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa ketika ditemui di dalam longkang.
Pasukan perubatan membantu mengangkat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan. Manakala, gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa ketika ditemui di dalam longkang.

PENAMPANG – Ibupejabat Polis Daerah mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan seorang wanita ditemui yang dalam keadaan mengaibkan di dalam sebuah longkang berhampiran Dewan Hongkod Koisaan, di sini tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Rosley Hobdin berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan selepas mengalami beberapa kecederaan di badan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, sambil meminta saksi kejadian supaya tampil memberikan maklumat di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Mangsa seorang wanita berumur dalam lingkungan 20an ditemui oleh orang awam di dalam keadaan hanya memakai coli terbaring di dalam longkang di Jalan Bundusan, di sini kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan