Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita ditahan reman sebar maklumat palsu

12:46pm 13/11/2015 Ann Vivien 13756 views Jenayah,Tempatan
Douglas memunjukkan maklumat tentang kes itu. Susoect (gambar kecil)

Douglas bercakap dalam sidang media tentang kes suspect (gambar kecil)

KENINGAU:  Seorang wanita berumur 23 tahun telah ditahan reman untuk siasatan maklumat palsu yang disiarkan dalam laman media social.

Menurut Ketua Polis daerah Keningau Douglas Nyeging Taong wanita itu telah menyebarkan berita kononnya hampir berlaku penculikan keatas adik sepupunya di Kg Jaya Baru pada Nov 8.

Wanita itu, ibu pada tiga orang anak dan tidak berkerja mengaku bahawa semua yg disebarkan di laman social Facebook adalah tidak benar.

Menurut Douglas, wanita tersebut akan dituduh atas seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyebarkan  maklumat palsu dan dibacakan bersama seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

“Saya harap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau apa juga berita yang belum sahih di multimedia sosial untuk mengelakan kegusaran pada orang awam,” katanya.- CA/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan