Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita ditahan bersama rokok seludup

2:56pm 27/05/2014 Pak Roshan 58 views Tempatan

pic-37

TAWAU: Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an ditahan bersama-sama dengan rokok seludup bernilai lebih RM130,000 termasuk cukai menerusi serbuan di Kg Panji Lahad Datu, Sabtu lepas.

Menurut Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sabah Hamzah Sundang, rampasan itu dibuat di sebuah rumah tidak bernombor pada kira-kira jam 1 petang menerusi Ops Subsidi hasil maklumat awam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pasukannya merampas rokok kretek jenama John yang disyaki diseludup dan ditemui di salah sebuah bilik yang ditutup dengan drum minyak.

 “Kita juga turut menemui sebilah ‘pedang samurai’ yang dianggarkan bernilai RM350 selain sebuah van yang sudah diubahsuai dan diangarkan bernilai RM15,000,” katanya.

Hamzah berkata, van berkenaan yang turut dirampas bersama pedang terbabit dipercayai digunakan untuk menyeludup minyak diesel bersubsidi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan