Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita ditahan bawa kasut berbentuk pistol

KASUT bertumit seperti pistol yang diseahkan wanita itu kepada pihak berkuasa.
KASUT bertumit seperti pistol yang diseahkan wanita itu kepada pihak berkuasa.

Linthicum(Amerika Syarikat): Seorang wanita ditahan pihak berkuasa lapangan terbang Baltimore-Washington International Thurgood Marshall di sini kerana membawa sepasang kasut tumit tinggi berbentuk pistol.

Jurucakap pihak berkuasa keselamatan penerbangan, Lisa Farbstein berkata, wanita berkenaan ditahan di pusat pemeriksaan bersama-sama kasut itu yang lengkap dengan bentuk peluru di sekitar tapak kasut berkenaan di dalam bagasi tangannya.

Turut ditemui ialah gelang, juga menyerupai peluru palsu.

Agensi keselamatan penerbangan melarang penumpang membawa replika pistol atau peluru.

Menurut Lisa, pihaknya membenarkan wanita itu memasukkannya ke dalam bagasi kargo. Bagaimanapun, kerana kesuntukan masa untuk berbuat demikian, dia menyerahkannya kepada pihak keselamatan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan