Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WANITA DISARAN KUASAI ILMU DAN MAKLUMAT

Norazlina Arif (duduk, tengah) bergambar bersama para peserta Persidangan Wanita Berwibawa di Kota Kinabalu. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Wanita perlu menguasai ilmu dan maklumat untuk terus maju dalam mengharungi dunia semakin mencabar.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt berkata, penguasaan ilmu akan memberikan manfaat kepada wanita memperkasakan diri mereka bagi menjamin masa depan lebih baik.

“Dunia kini menyaksikan ilmu dan maklumat menjadi sumber kuasa dalam hampir semua hal dan bangsa yang menguasai ilmu dan maklumat akan mendahului bangsa lain.

“Bukti dapat kita saksikan bahawa dalam banyak hal mana-mana negara yang menguasai aspek itu mempunyai pengaruh besar terhadap negara lain terutama dalam ekonomi, pertahanan, budaya serta cara hidup di negara lain,” katanya dalam Persidangan Wanita Berwibawa hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menterinya, Norazlina Arif.

Persidangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) itu bertujuan mewujudkan perkongsian maklumat dan pandangan mengenai ciri-ciri ‘Wanita Berwibawa’.

Dalam pada itu, Stephen berkata, wanita memainkan peranan penting untuk mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat di negara ini melalui penyebaran media yang konvensional.

Sehubungan itu, katanya, melalui persidangan itu akan dapat mendorong peserta dan tokoh-tokoh wanita yang berwibawa berkongsi ilmu dan pengalaman kejayaan masing-masing.

Jelasnya, beliau juga berharap matlamat persidangan untuk mewujudkan wanita berwibawa bagi mencapai dasar 30 peratus kedudukan di peringkat pembuat dasar akan tercapai.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan