Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita dipenjara enam bulan memiliki wang curi

KOTA KINABALU- Seorang wanita warga tempatan di hukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki wang curi bernilai RM 150.

Sitti Siddia Maksud, 23 mengaku melakukan kesalahan tersebut di Bundusan Square, pada jam 9 pagi, 6 Disember lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun mengenakan hukuman tersebut setelah tertuduh mengaku salah atas pertuduhan dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan tersebut memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan