Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita diminta tambah nilai kemahiran

Jainab bersamapara peserta pertandingan fesyen dalam majlis itu.
Jainab bersama para peserta pertandingan fesyen yang mengambil bahagian sempena Ulangtahun Kelima Perkumpulan Perempuan Sabah Cawangan Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Wanita harus meningkatkan potensi diri dengan menambah nilai dalam bidang kemahiran untuk memajukan diri dalam apa juga bidang yang diceburi.

Misalnya, dengan memanfaatkan kemudahan teknologi masa kini, mereka boleh menjalankan perniagaan dari rumah termasuk mengiklankan produk mereka dalam Internet terutama dalam media sosial.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, wanita hari ini harus meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi agar ia dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kepakaran seseorang akan memberikan manfaat berguna kepada pembangunan wanita yang lain, misalnya dalam membuat sesuatu produk ia mampu dipasarkan ke peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Ulangtahun Kelima Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) Cawangan Kota Kinabalu, di sini semalam.

Di samping itu, Jainab juga menggesa agar wanita di negeri ini menyumbangkan khidmat bakti kepada pembangunan masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara holistik.

“Sebagai wanita, penampilan diri harus diutamakan bagi mengeratkan hubungan antara suami isteri dan ia mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan sekaligus memantapkan institusi kekeluargaan,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan