Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita diminta perkasa peranan: Sapawi

wanita perkasa

BEAUFORT: Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sipitang disaran agar memperhebatkan dan memperkasakan perjuangan yang sedia ada.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kejayaan yang dicapai tidak harus melekakan mereka untuk terus memperbaiki dan memperkukuhkan peranan Wanita dengan berbakti kepada parti dan masyarakat.

“Kita harus tidak terleka dengan kejayaan sebaliknya, ia harus menguatkan lagi semangat kita dalam melaksanakan perjuangan parti,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sipitang, di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Wanita UMNO Sipitang, Datuk Surinam Sadikun; Setiausaha UMNO Sipitang, Alidin Mohamad; Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Rosimah Zakaria dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Sipitang, Dayang Surinah Abdl Karim serta 719 perwakilan Wanita UMNO bahagian itu.

Sapawi berkata, wanita merupakan tunggak penting dalam perjuangan UMNO.

Katanya, sebagai tunggak penting dalam parti setiap anggota perlu sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurutnya konsep mesra akan terus menjadi pendekatan kepada anggota wanita.

Beliau berkata, kemesraan dengan akar umbi penting dan ia dapat memberikan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti.

Walau bagaimanapun, Sapawi turut mengingatkan agar anggota wanita pada semua peringkat tidak tergoda dengan usaha pihak tertentu yang mahu melemahkan parti.

“Semangat dan kesetiaan serta keikhlasan terhadap perjuangan parti perlu diutamakan dan kita perlu mengelak daripada mudah dipengaruhi dan dipergunakan,” katanya lagi.

Beliau juga meminta agar wanita Umno mendekati NGO untuk  berkerja sama dalam melaksanakan pelbagai program yang  mampu menjadi penyalur maklumat yang tepat.

Katanya, terdapat NGO yang menjauhkan diri daripada kerajaan kerana tidak menerima maklumat yang tepat dan dipergunakan oleh pembangkang.

“Kita dekati NGO ini dan menyalurkan maklumat yang tepat khususnya mengenai dasar serta perancangan kerajaan di mana rakyat menjadi keutamaan,” tambah beliau lagi.

Komen


Berita Berkaitan