Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita dikurung, dirantai seperti anjing

9:48am 05/11/2016 Pak Roshan 2 views Global

 

 Karla Brown, 30, dikurung dan dirantai seperti anjing.

Karla Brown, 30, dikurung dan dirantai seperti anjing.

South Carolina, Amerika Syarikat: Seorang wanita yang hilang bersama teman lelakinya sejak Ogos lalu, ditemui dirantai seperti anjing dalam satu kotak besi dalam kawasan milik seorang lelaki yang pernah menjadi pesalah seks.

Kala Brown, 30, ditemui Jumaat lalu, selepas polis ke lokasi itu berikutan ada aduan bunyi ketukan dalam kotak berkenaan di Woodruff.

Sheriff Daerah Spartanburg, Chuck Wright, berkata ketika ditemui, wanita itu yang dirantai seperti anjing memberi polis, dia dikurung dalam kotak besi berukuran 10 meter panjang, empat meter lebar sejak dua bulan lalu.

“Kuasa Tuhan membolehkan kami menemui wanita itu hidup-hidup,” katanya kepada NBC News.

Karla hilang bersama teman lelakinya, Charlie Carver, 32, pada 30 Ogos lalu, polis sedang berusaha mengesan teman lelakinya itu selepas menemui keretanya di kawasan berkenaan.

Lelaki yang hartanah itu, Todd Kohlhepp, 45, ialah pesalah seks yang didaftar pada 1987 dan sudah ditahan. Puluhan polis kini menggeledah hartanah seluas 40 hektar itu.

Menurut polis, Karla yang bekerja dengan Kohlhepp sebagai ejen hartanah beberapa minggu sebelum hilang, kini sedang dirawat di hospital.

Dia memberitahu polis, sekurang-kurangnya empat mayat dibakar di kawasan berkenaan dan pihak berkuasa menemui sejumlah senjata api dan peluru di rumah Kohlhepp.

Menurut Wright, buat masa ini Kohlhepp akan didakwa menculik dan berkemungkinan menghadapi beberapa tuduhan lain.

Kohlhepp sebelum ini pernah dipenjara kerana menculik dan jenayah bahaya lain terhadap kanak-kanak di Arizona. – Agensi/HMetro

 Todd Kohlhepp, 45, (kiri) sudah ditahan dan teman lelaki Karla, Charlie Carver, 32, masih hilang.

Todd Kohlhepp, 45, (kiri) sudah ditahan dan teman lelaki Karla, Charlie Carver, 32, masih hilang.

Polis membanjiri hartanah milik Kohlhepp di Woodruff, South Carolina.

Polis membanjiri hartanah milik Kohlhepp di Woodruff, South Carolina.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan