Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita dikhuatiri lemas, kenderaan terjunam dalam sungai

9:58pm 31/07/2016 Pak Roshan 9037 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KENDERAAN pacuan empat roda yang dipercayai dipandu mangsa berjaya ditarik keluar dari Sungai Papar. - Foto ihsan Bomba Sabah

KENDERAAN pacuan empat roda yang dipercayai dipandu mangsa berjaya ditarik keluar dari Sungai Papar. – Foto ihsan Bomba Sabah

PAPAR: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipercayai dipandu Rohani Samsudin, 50-an dikatakan gagal dikawal sebelum terhumban ke sungai berkenaan.

Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata selepas pacuan empat roda itu ditarik, mangsa tidak berada di dalamnya, dipercayai hanyut setelah cermin kenderaan pecah.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar lokasi masih dijalankan oleh bomba dan polis serta penduduk kampung. Operasi menyelam akan dijalankan oleh pasukan skuba bomba pada pagi esok,” katanya di sini sebentar tadi.

Khatizah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.52 petang dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Setakat jam 8 malam ini, mangsa belum ditemui, kemungkinan hanyut manakala kenderaannya sudah berjaya ditarik keluar dari sungai berkenaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan