Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita digalakkan menceburi bidang keusahawanan- Jainab

9:52pm 07/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
Kenangan... Jainab bersama para peserta seminar transformasi minda usahawan wanita boleh (U boleh). Turut kelihatan, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Myrna Jimenez (sebelah kanan jainab).-Gambar Oleh Alex Mairin

Kenangan… Jainab bersama para peserta seminar transformasi minda usahawan wanita boleh (U boleh). Turut kelihatan, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Myrna Jimenez (sebelah kanan jainab).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU- Pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan telah disediakan oleh kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam perniagaan,kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata penglibatan kaum wanita dalam bidang keusahawanan dilihat sebagai sesuatu yang positif terhadap perkembangan ekonomi negara.

“Seiring lelaki, wanita juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam bidang keusahawanan di Malaysia. Perkembangan pesat ekonomi negara dapat menggamit lebih ramai wanita untuk melibatkan diri secara aktif dalam dunia keusahawanan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Seminar Transformasi Minda Usahawan Boleh ‘U Boleh’ 2016, di Ballroom Wisma Wanita,disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kaum wanita perlu mempunyai kebebasan kewangan agar mereka tampak lebih yakin di kalangan masyarakat.

“Wanita tersebut akan lebih yakin untuk berdikari, mempertahankan hak, merencana masa depan dan berupaya mengambil langkah pencegahan sekiranya mereka menghadapu krisis serta menjadi mangsa keganasan,”katanya.

Disamping itu, beliau turut berharap agar seminar tersebut dapat membuka minda para peserta tentang keusahawanan serta membangunkan kapasiti diri untuk berdikari secara ekonomi dan sosial.

“Melalui seminar ini, para peserta dilatih agar berwawasan, berfikiran kreatif, inovatif, berketrampilan, berkepimpinan dan tidak mudah putus asa dalam mengendalikan perniagaan serta tabah dan mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup,” ujarnya. Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan