Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Didakwa Menikam Tuan Rumah

9:28am 24/11/2015 Pak Roshan 564 views Global

tikam

Seorang wanita Malaysia berusia 34 tahun  didakwa di mahkamah pada hari Isnin (23 Nov) kerana sengaja menyebabkan kecederaan kepada tuan rumahnya, William Wong.

Berita Harian melaporkan bahawa Woo Mui Mee didakwa menikam Wong, dan menyebabkan kecederaan yang dialami pada lengan kiri mangsa. Woo Mui Mee menggunakan pemotong kertas semasa pergaduhan yang berlaku di luar flatnya di Blok 114, Yishun Ring Road, Singapura, pada Sabtu lalu.

Menurut NewsAsia, pesara berusia 76 tahun itu kemudian ditemui terbaring kaku di dalam biliknya, dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik  pada kira-kira 11:38.

Pihak pendakwaan turut memberitahu mahkamah bahawa hukuman pertuduhan boleh dinaikkan, lapor The Straits Times.

Woo kini ditahan reman untuk siasatan. Jika didapati bersalah, dia akan menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan