Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Dari Sabah Maut Dalam Kemalangan Di Sibu

6:07pm 18/11/2015 Pak Roshan 438 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

SIBU : Seorang wanita maut apabila kereta dipandu beliau dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di KM8 Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu, mangsa Tan Li Lian, 30, yang berasal dari Tawau, Sabah sedang memandu kereta Mitsubishi Lancer seorang diri dari arah pusat bandar ke Taman Permai.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan