Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WANITA CEDERA PARAH KENDERAAN DENGAN 17 PENUMPANG TERBABAS

Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA MARUDU: Seorang wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Gana, Kampung Piso, Kota Marudu, di sini pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) ony Sikawan berkata, kemalangan tersebut turut mencederakan 15 lagi penumpang wanita termasuk dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan enam tahun.

Anggota bomba membantu mangsa kemalangan yang cedera selepas Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Gana, Kampung Piso. Kota Marudu. – Gambar SNT/Ehsan bomba

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 9.17 pagi.

“Sebaik menerima panggilan itu, seramai tujuh anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 9.41 pagi.

Mangsa yang berada dalam keadaan terkejut selepas kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca akibat kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa yang berumur di antara tiga hingga 60 tahun dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Anggota Bomba memberi bantuan kepada mangsa kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Rony berkata, operasi berkenaan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah kenderaan berkenaan dari Pitas menuju ke Kampung Hans.

“Apabila sampai di lokasi kejadian kenderaan berkenaan terundur sebelum terbalik sebanyak dua kali,” Bernama melaporkan beliau berkata.

Beliau berkata kesemua penumpang berkenaan adalah anggota gereja Anglikan Kampung Dandun, Pitas. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan