Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita cedera di tengkuk dan kaki akibat kebakaran

KEBAKARAN membabitkan lapan rumah di Kampung Contoh, Jalan Cemeteri, Batu 11, Sandakan.
KEBAKARAN membabitkan lapan rumah di Kampung Contoh, Jalan Cemeteri, Batu 11, Sandakan.

SANDAKAN: Lebih 20 orang hilang tempat tinggal apabila lapan rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Contoh, Jalan Cemeteri, Batu 11, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seorang wanita berusia 50-an turut cedera di kaki dan tengkuk ketika menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.36 petang sebelum menghantar 16 anggota bersama empat jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, wanita yang mengalami kecederaan diberikan rawatan oleh pihak ambulans yang turut berada di lokasi kebakaran.

“Kita dapat selamatkan lima buah rumah daripada terbakar, manakala lapan lagi musnah sepenuhnya.

“Kebakaran cuma dapat dikawal pada jam 3.34 petang. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan