Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita cedera dalam kemalangan jalan raya

6:23pm 04/07/2016 Leolerry Lajius 2250 views Tempatan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku berhampiran dengan Hong Leong Bank di Jalan Pantai, di sini, pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dalam kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra Siasatan awal di tempat kejadian mendapati bahawa pemandu  kenderaan jenis Proton Saga yang dalam perjalanan dari arah Penampang menuju ke arah Jeselton Point, apabila sampai  di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu kenderaan jenis Perodua Kancil melintas keluar dari simpang kanan dan menyebabkan pemandu kenderaan jenis Proton Saga  terlanggar bahagian tepi kenderaan Perodua Kancil.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan ringan,’katanya.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati  kemalangan  berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan jenis Perodua Kancil  yang tidak memberi keutamaan kepada kenderaan di jalan lurus apabila keluar dari simpang.

Kes di siasat di bawah Rule 3 (2) (b) LNN166/59.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan