Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Bunuh Suami, Ibu Mertua Untuk Jual Anak Kembar

bunuh

CHAOZOU – Seorang wanita dari Vietnam yang dibeli dengan harga RM16,000 untuk dikahwinkan dengan seorang lelaki, telah bertindak membunuh suami dan ibu mertuanya itu bagi membolehkan dia menjual bayi kembar mereka pada harga RM38,000.

Wanita itu, Ayou, 21, dibeli oleh bapa mertuanya, Lai Shehui untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya, Lai Binghao yang berusia 32 tahun.

Selepas setahun mereka berkahwin, Ayou kemudiannya beranak anak kembar. Bagi memudahkan penjagaan bayi tersebut, ibu mertuanya telah berpindah ke rumah mereka.

vietnam

Namun kejadian memilukan berlaku apabila Lai Shehui yang mengunjungi rumah anaknya itu terkejut apabila melihat isteri dan anak lelakinya dicekik dan diikat di bucu katil.

Manakala bayi kembar itu dan Ayou pula telah hilang. Dia kemudiannya membuat laporan polis dan dalam tempoh kurang 24 jam, Ayou berjaya ditangkap.

Bayi tersebut yang baru berusia tiga bulan kemudiannya ditemui di satu kawasan di bandar berhampiran dalam masa beberapa hari.

Polis percaya Ayou membunuh ibu mertua dan suaminya itu dengan bantuan beberapa lelaki Vietnam.

Kesemua mereka bersama beberapa sindiket pemerdagangan manusia juga ditahan.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan