Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Bunuh Harimau Hanya Dengan Penyodok

wanitaa

INDIA – Seorang wanita warga emas yang berusia 54 tahun menunjukkan keberanian luar biasa apabila
dia berjaya membunuh harimau bintang yang menyerangnya, hanya dengan menggunakan penyodok.

Kejadian berlaku ketika Kamla Devi berjalan pulang dari ladang ke rumahnya.

Dia terpaksa bertarung selama sejam bagi menyelamatkan diri dan berjalan pulang kira-kira setengah
batu dalam keadaan cedera sebelum mendapat pertolongan.

Kamla mengalami kecederaan dengan luka yang dalam di bahagian kepala dan kaki serta menerima lebih
100 jahitan.

Selain itu, tangan kanannya juga patah. Kamla bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Sementara harimau itu pula ditemui mati berhampiran kampung Kamla iaitu Koti Bodna di Rudarprayag.

Dalam pada itu, pakar hidupan liar, Lakhpat Rawat terkejut dengan kejadian yang menimpa Kamla dan
bagaimana dia melawan binatang tersebut.

“Biasanya harimau akan berundur apabila mendapati lawannya lebih kuat dan ia mengambil masa dalam
beberapa minut sahaja.

“Namun dalam kejadian ini, harimau itu menyerang hampir sejam. Mungkin disebabkan kecederaan yang
dialami oleh wanita itu menyebabkan harimau tersebut mahu membunuhnya,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan