Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita bukan lagi watak yang tidak berpendidikan dan tidak produktif- Jainab

5:00pm 24/03/2016 Leolerry Lajius 45 views Tempatan
Jainab (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah keluarga serta negara dan bukan watak yang tidak berpendidikan dan tidak produktif.”

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid ketika berucap sempena “Pre-Launch Handmade Market” Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Menurut Jainab, melalui program ini ia dapat menonjolkan bagaimana seorang ibu dapat menggunakan kehalusan tangannya bersama kesabaran dan ketabahan untuk menjadi wanita cemerlang dalam keluarga dan seimbang dalam kerjaya baik dari segi tanggungjawab terhadap keluarga dan untuk memperbaiki ekonomi keluarga.

“Program ini merupakan satu platfrom untuk menyebarkan mesej tugasan seseorang wanita dengan merentasi definisi aktiviti produktif iaitu pengurus rumahtangga, pencari nafkah dan penyalur sumbangan untuk masyarakat.”

“Saya juga berharap agar lebih banyak lagi NGO atau agensi lain yang dapat menganjurkan program seumpama ini supaya dapat memberikan lebih banyak platfrom kepada wanita untuk menunjukkan kapasiti diri mereka dalam usaha melahirkan usahawan yang produktif,”katanya.

Jainab juga menyeru pihak pengurusan pusat membeli belah untuk menawarkan tapak jualan bagi membolehkan ‘Handmade Market’ diadakan di kawasan kompleks beli belah masing-masing.

Dengan menggunapakai konsep 2 ½ bulan menghasilkan produk di rumah sambil menjaga anak dan keluarga manakala lima hari berniaga dan mencari rangkaian niaga di ‘Handmade Market’, misi ini diharap mampu merealisasikan sebanyak empat kali setahun dengan matlamat 3P iaitu Pendapatan, Pengalaman dan Pengenalan di setiap kompleks membeli belah yang dicadangkan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan