Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita berusia 64 tahun maut ditikam jiran

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 64 tahun maut selepas ditikam oleh rakannya dalam satu kejadian yang berlaku di Kepayan Ridge, di sini, petang tadi.

Mangsa Ngiu Lim Kiau maut selepas ditikam oleh rakannya yang juga merupakan jiran mangsa dalam kejadian yang berlaku 4.15 petang tadi.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga merupakan seorang pesara guru telah memanggil suspek berusia 65 tahun yang juga seorang wanita ke rumahnya untuk bermain soal jawab.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, ketika bermain, berlaku sedikit pertengkaran disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana berasa dirinya disindir oleh mangsa.

“Akibat perselisihan berkenaan, suspek telah bertindak menikam belakang mangsa menggunakan pisau berukuran 22 sentimeter yang digunakan oleh suspek untuk mengambil daun pisang di belakang rumahnya sebelum dipanggil mangsa ke rumahnya,”katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Chandra turut menyatakan bahawa, suspek juga didapati mempunyai rekod masalah mental sejak 20 tahun lalu.

“Dalam kejadian berkenaan suspek juga bertindak mengelar pergelangan tangan kiri dan cuba menikam dirinya.”

“Suspek telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan kita akan menjalankan siasatan ke atas suspek selepas menerima rawatan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

img-20160923-wa0002

Komen


Berita Berkaitan