Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wanita Berusia 25 Tahun Kini Umpama Kanak-Kanak

11:12am 05/04/2016 Pak Roshan 1079 views Global

Kumari-Kunti-25-1

Kumari Kunti sudah dewasa, berusia 25 tahun namun disebabkan penyakit misteri yang dialaminya, dia kini kelihatan seperti kanak-kanak.

Dia menghidap penyakit di mana tulangnya mengecut dan keadaan itu dialaminya sejak berusia sembilan tahun.

Kumari kini hanya terbaring di atas katil dan tidak dapat bergerak.

Dia yang menetap di kawasan pedalaman di Chatra, India itu, mengalami penyakit tersebut sejak berusia sembilan tahun dan kini Kumari dijaga oleh ibunya, Devi Tilakwa, 60.

Bapanya sudah meninggal dunia 12 tahun lalu.

“Dia adalah kanak-kanak normal tetapi apabila meningkat remaja, keadaannya berubah, Dalam masa lapan tahun dia menghidap penyakit itu, Kumari kehilangan tenaga dan tulangnya menjadi semakin lemah hinggakan sukar untuk bergerak.

“Dia kini hanya mampu terbaring,’’ kata Devi yang menyifatkan anaknya itu umpama` mayat’ .

Dua lagi abang dan seorang kakak Kumari tidak mengalami penyakit berkenaan.

Kumari dan ibunya kini berharap agar penyakit tersebut dapat disembuhkan dan dia boleh berjalan semula.

Penderitaan yang dialaminya itu turut mendapat simpati penduduk kampungnya yang telah mengutip wang bagi membantu Kumari mendapatkan rawatan doktor di bandar.

“Kami tiada wang untuk membolehkan Kumari menjalani rawatan, malah hendak makan dua kali sehari pun terpaksa mendapatkan simpati penduduk.

“Nasib baik penduduk kampung membantu,’’ kata Devi.

-mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan