Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Berjaya Selamatkan Diri Dari Dibaham Buaya

kaki-luka

SEORANG wanita dari Engkilili, Sarawak berjaya menyelamatkan diri dari dibaham buaya di Sungai Lio, dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Awa Langkau, 40, bagaimanapun mengalami kecederaan di bahagian kaki setelah digigit haiwan pemangsa itu.

Memetik Sarawak News, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Johnanthan berkata, mangsa dipercayai sedang mandi seorang diri di sungai tersebut.

Mangsa kemudiannya menyedari kaki sebelah kirinya seakan-akan digigit sesuatu dan menepisnya dengan tangan.

“Mangsa naik ke tebing sungai sambil menjerit dengan kuat dan penghuni rumah panjang memberi bantuan dan mereka nampak seekor buaya timbul di permukaan air,” katanya.

Mangsa kini berada di Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan