Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita bergambar dengan bangkai zirafah dikecam

Gambar yang dimuat naik pemburu wanita, Tess Thompson Talley di lama Facebook miliknya dikecam. Foto Google Image

 

GAMBAR seorang pemburu tempatan dari Amerika Syarikat (AS) bergambar dengan bangkai zirafah hitam yang dibunuhnya di Afrika Selatan mencetuskan kecaman dalam talian selepas ia tular di media sosial.

Ribuan pengguna Twitter menyuarakan perasaan marah terhadap Tess Thompson Talley, 37, kerana membunuh haiwan itu ketika lawatan berburu musim panas lalu.

“Impian untuk berburu sekali seumur hidup tercapai hari ini! Melihat zirafah hitam jantan jarang ditemui dan memerhatikannya buat beberapa ketika,” tulis Talley di Facebook yang sudah dipadam, menurut akhbar USA Today.

Tulisan itu berkata, haiwan terbabit berusia lebih 18 tahun, seberat 1,814 kilogram dan menghasilkan 907 kilogram daging.

Secara purata, zirafah memiliki jangka hayat 25 tahun, menurut National Geographic. Usaha mendapatkan Talley untuk mengulas tidak berjaya.

Gambar itu menjadi tular baru-baru ini selepas dihantar semula di Twitter bulan lalu oleh laman web Africalandpost. Kecaman dalam talian itu agak pantas.

Debra Messing, aktres terkenal dengan peranannya dalam siri NBC TV ‘Will and Grace’ menyifatkan Talley sebagai ‘pembunuh pentingkan diri, jijik, kejam, tidak bermoral dan tanpa perasaan’ di Instagram.

Talley mempertahankan dirinya menerusi emel kepada Fox News dalam kisah dihantar di laman web, mengatakan zirafah itu adalah spesies kecil Afrika Selatan yang bukan jarang ditemui. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan