Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita antara sembilan ditahan akibat dadah

DUA lelaki berusia 30-an ditahan dalam serbuan di Flat Sri Titingan. – Foto Nasrawati Syarifuddin

 

TAWAU: Seorang wanita merayu sambil menangis meminta polis supaya menahan rakannya yang didakwa pembekal dadah untuk mereka melepaskan gian.

Dia antara sembilan individu yang ditahan dalam Ops Bersepadu Ramadan bermula jam 1 pagi tadi di sekitar daerah ini.

Ketika serbuan di Kampung Vietnam, di sini, wanita berusia 32 tahun itu mengaku menghisap syabu bersama rakannya kira-kira tiga jam sebelum ketibaan polis.

“Syabu itu kawan saya yang beri. Saya hisap bersamanya di rumah tadi sebelum serbuan,” katanya yang mahu rakannya ditahan, namun suspek sempat melarikan diri.

Operasi berakhir jam 4 pagi disertai 11 pegawai dan 54 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau.

Serbuan di Flat Sri Titingan pula menahan dua lelaki berusia 30-an yang didakwa menjadikan sebuah unit di situ sebagai tempat melepaskan gian.

Ketika soal siasat, mereka tidak mengaku mengambil dadah, namun pasukan AADK yang melakukan pemeriksaan menemui alat menghisap syabu di luar rumah itu.

Dalam ujian saringan dijalankan, semua sembilan individu itu positif dadah Methampethamine dan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama selain Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Turut ditahan, empat lelaki kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Oleh Nasrawati Syarifuddin/BH Online

WANITA yang ditahan dalam Ops Bersepadu Ramadan di Kampung Vietnam, Tawau. – Foto Nasrawati Syarifuddin

Komen


Berita Berkaitan