Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WANITA 77 TAHUN RENTUNG DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG KITOWO, KOTA MARUDU

Mayat seorang warga emas yang rentung ditemui dalam rumah yang hangus dijilat api di Kampung Kitowo, Kota Marudu. Gambar SNT/Ehsan Bomba Kota Marudu

KOTA MARUDU: Seorang warga emas  ditemui rentung dalam bilik tidur rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Kitowo Pitas pada Jumaat malam.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Itang Kapuk, 77, bersendirian di rumahnya kerana tidak sihat dan mengalami penyakit strok.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdulah berkata, hasil siasatan dipercayai kebakaran berpunca daripada api lilin yang dinyalakan oleh anak mangsa apabila bekalan elektrik terputus ketika itu.

Setelah menyalakan lilin di bahagian ruang tamu anak mangsa kemudian keluar rumah meninggalkan ibunya berseorangan di bilik tidur.

“Pengadu yang juga anak kepada mangsa dimaklumkan oleh adiknya (yang menyalakan lilin) tentang kebakaran rumah kediaman mereka kira-kira jam 8.45 malam.

“Pengadu bergegas pulang dan dimaklumkan bahawa ibunya masih berada dalam rumah tetapi gagal diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba menyiasat keadaan mayat mangsa yang rentung dijilat api di Kampung Kitowo, Kota Marudu. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Setelah api berjaya dipadamkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, pengadu mendapati ibunya dalam keadaan rentung di bilik tidurnya.

Mohd Izaan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pitas untuk pemeriksaan lanjut.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan