Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita 100 tahun ditemui rentung

Anggota bomba berada dilokasi kejadian dalam satu kebakaran yang memusnah sebuah rumah serta mengobankan seorang perempuan warga emas, di Kampung Lohan Ulu, Ranau. – Foto ihsan Bomba

 

RANAU: Seorang wanita warga tua berusia 100 tahun rentung selepas rumah didiaminya musnah sama sekali dalam kebakaran di Kampung Lohan Ulu, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, seorang lelaki dikenali sebagai Adrian Sha, cedera di bahagian kepala serta melecur.

Turut musnah ialah sebuah kereta PERODUA Kancil yang diletakkan di tepi rumah terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang.Katanya, seramai sembilan anggota diket

uai Pegawai Bomba Kanan I Devi Engsoi bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Terdapat mangsa wanita berumur lingkungan 100 tahun ditemui rentung dan seorang mangsa lelaki cedera di bahagian kepala dan melecur.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) manakala mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi. –¬†Oleh Wan Faizal Ismayatim/BH Online

Anggota bomba berada dilokasi kejadian dalam satu kebakaran yang memusnah sebuah rumah serta mengobankan seorang perempuan warga emas, di Kampung Lohan Ulu, Ranau. – Foto ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan