Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wang tunai dalam 11 beg selesai dikira…

 

WANG tunai dianggarkan berjumlah puluhan juta ringgit dalam 11 beg selesai menjalani proses pengiraan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.

Beg berkenaan adalah sebahagian daripada 72 beg dirampas polis dalam pemeriksaan terhadap tiga unit kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kenalannya bergelar Tan Sri di Pavilion Residences, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Difahamkan, sebelum itu sebanyak 26 beg berisi wang tunai dibawa ke bangunan JSJK itu untuk proses pengiraan, namun hanya 11 beg berisi wang selesai menjalani proses pengiraan.

Susulan itu, baki 15 beg yang masih belum dikira dilihat dibawa keluar bermula jam 8.55 malam tadi sebelum dimasukkan ke dalam lori polis yang menunggu di tingkat bawah lobi menara berkenaan. Proses membawa wang berkenaan dikendalikan oleh pegawai dan anggota JSJK dengan diberi kawalan ketat anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, lengkap bersenjata api.

Tepat jam 9 malam tadi, lori berkenaan diiringi dua kereta peronda polis (MPV) model Mitsubishi Lancer dan empat motosikal polis trafik serta lima kereta Proton Preve dipercayai menuju ke Bukit Aman.

Tidak lama kemudian 11 lagi beg berisi wang yang sudah dikira turut dibawa keluar dari bangunan itu untuk dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM).

Wartawan yang melakukan tinjauan mendapati sepasukan pegawai dan anggota polis membawa keluar 26 beg itu dengan diberi kawalan ketat.

Beg itu adalah sebahagian daripada 72 beg diambil JSJK Bukit Aman di Pavilion Residences, Khamis lalu selepas siasatan dilakukan sejak Rabu lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, proses pengiraan wang dilakukan oleh pegawai dan anggota JSJK bermula 10 pagi semalam.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara berkenaan, namun enggan mengulas lanjut proses pengiraan wang itu.

Ia bagi mengelakkan wujud pelbagai spekulasi tidak benar berhubung wang tunai dan barang yang dirampas dalam pemeriksaan JSJK sebelum ini. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan