Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wang ihsan bantuan bencana di agihkan

Raime (tiga, kiri) menyampaikan wang ihsan kepada salah seorang penerima bantuan itu.
Raime (tiga, kiri) menyampaikan wang ihsan kepada salah seorang penerima bantuan itu.

TENOM: Seramai 24 orang masing-masing menerima wang ihsan Bantuan Bencana Agromakanan Kepada Usahawan Tani di Sabah sejumlah RM500 di daerah ini.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, bantuan ini diberikan kepada usahawan tani yang antaranya terdiri daripada peternak ikan dari daerah ini yang telah ditimpa bencana banjir.

Katanya, walaupun bantuan yang disalurkan agak lewat namun ia menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat yang ditimpa bencana alam ini.

“Sekurang-kurangnya kita dapat membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh para usahawan akibat kerosakan harta benda, ternakan, tanaman dan sebagainya yang disebabkan oleh banjir yang seringkali melanda daerah” katanya. ketika berucap pada Majlis Penyaluran Wang Ihsan Bantuan Bencana Agromakanan Kepada Usahawan Tani di Sabah di Bilik Gerakan Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom di sini baru-baru ini.

Dalam masa sama Raime mengajak supaya para petani dan peternak supaya sentiasa menggunakan peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam memajukan projek masing-masing. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan