Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wang Dalam Perut

11:34am 24/11/2015 Pak Roshan 1399 views Global
ANG kertas dalam bungkusan plastik yang dikeluarkan dari perut pesakit.

ANG kertas dalam bungkusan plastik yang dikeluarkan dari perut pesakit.

Kaherah: Doktor yang memeriksa seorang pesakit yang mengadu sakit perut teramat sangat terkejut menemui duit dalam bungkusan plastik di dalam perutnya.

Doktor mengarahkan pesakit itu menjalani imbasan di sebuah hospital di ibu negara Mesir ini selepas dia mengadu kesakitan.

Dia mulanya disyaki menghidap apendisitis.

Bagaimanapun, keputusan imbasan itu menunjukkan ada bungkusan plastik mengandungi wang tunai Mesir yang menyebabkan pesakit itu kesakitan dan muntah.

“Kami melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bungkusan yang mengandungi wang tunai berjumlah seribu paun Mesir (RM550).

“Kami melakukan banyak pembedahan di hospital ini, tetapi ini kali pertama kami menemui wang di dalam perut pesakit,” kata seorang doktor.

Menurutnya, lelaki itu diserahkan kepada polis untuk soal siasat mengenai bagaimana wang itu boleh berada di dalam perutnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan