Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wan Azizah rasmi Mesyuarat Bahagian PKR serentak Sabah pada 2 September

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan Mesyuarat Bahagian PKR yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan dari 25 bahagian parti itu dari seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew memberitahu, mesyuarat itu akan diadakan pada 2 September ini bertempat di JW Mariott Kota Kinabalu pada pukul dua petang.

“Kita menjangkakan kehadiran 1,000 perwakilan daripada 25 bahagian PKR di Sabah. Beliau akan merasmikan mesyuarat itu serentak bukannya menghadirikan diri ke setiap mesyuarat bahagian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menghadiri sambutan Ulang Tahun Ke-50 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Katanya, selain Wan Azizah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga akan mengadakan lawatan ke Sabah pada bulan ini.

“Bagaimanapun, tarikh lawatan beliau belum ditetapkan lagi tetapi saya difahamkan beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Christina berkata, tarikh baharu bagi pemilihan PKR seluruh negara yang sebelum ini dijadualkan diadakan pada 13 dan 14 Oktober telah diubah pada 23 dan 24 Oktober ini.

Mengulas mengenai wujudnya dua kem dalam PKR ketika ini, beliau yang juga Pengerusi PKR Sabah menjelaskan perkara itu adalah normal dalam mana-mana pemilihan parti.

“Kita akui terdapat kem Rafizi Ramli dan Azmin Ali tetapi pilihan saya ialah kem Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara biasa bagi seseorang calon itu bertemu penyokong mereka dalam tempoh berkempen. Saya juga berjumpa dengan penyokong saya di mana-mana,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan