Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wan Azizah nafi Nurul Izzah kahwini Agong

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah Jalan Pandan Kemajuan Kampung Pandan Dalam Ampang, kelmarin. – Foto BERNAMA

 

HULU SELANGOR : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak tahu dan menafikan khabar angin berkenaan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dikatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Astagafirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya pada sidang media Lawatan Ke Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, portal dan media tempatan melaporkan berita perkahwinan Naib Presiden PKR dan kerabat diraja Kelantan yang turut viral di media sosial.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. – Foto Mikail Ong

 

Pada 24 Mei lalu, ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan tertutup berkenaan berlangsung selama sejam.

Bagaimanapun, mesej viral itu memutar fakta dan mengatakan Anwar dan Dr Wan Azizah bertemu dengan raja untuk membincangka perkahwinan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan