Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Walak resipi Sabah catat ahli UMNO tertinggi Selanjutnya

umno-sabah

KUALA LUMPUR: Tiada petua atau magik dalam kejayaan UMNO Sabah merekodkan bilangan ahli tertinggi parti melainkan berpegang kepada prinsip walak dan setia dengan pemimpin serta parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata beliau merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak atas pengiktirafan diberikan kepada UMNO Sabah yang mempunyai bilangan ahli paling tinggi.

Katanya, penghargaan itu memberikan UMNO Sabah semangat yang lebih tinggi untuk bekerja keras menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kami akan terus bekerja keras untuk hadapi PRU. Bila ia akan diadakan terpulang kepada Presiden parti.

“Tetapi yang penting saya sudah arahkan semua pemimpin UMNO bahagian di Sabah supaya bersiap sedia untuk hadapi PRU akan datang nanti,” katanya ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan