Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wakil rakyat perlu bantu bangun KAFA di Sabah

TAWAU, 19 Ogos (Bernama) — Semua wakil rakyat di Sabah perlu membantu ke arah pembangunan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri itu.

Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai peruntukan berkaitan yang boleh diluluskan untuk disalurkan terus kepada sekolah.

“Saya merayu kepada semua ADUN di Sabah tolong KAFA, kalau perlu proposal minta KAFA buat. KAFA ini penting untuk akar umbi, tak ada sebab tak boleh tolong KAFA,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bersama Penyelia dan Guru KAFA daerah Tawau di Pejabat Perhubungan KAFA Tawau, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata konsep padanan geran antara kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu dilaksana dalam membantu memperkasa pengoperasian KAFA Sabah agar setara dengan negeri lain.

“Guru KAFA di Sabah dapat elaun RM900, sama sahaja dengan negeri lain. Tak betul kata elaun guru KAFA Sabah kurang, cuma macam Selangor, kerajaan negeri tambah RM700, Pulau Pinang pun tambah, Sabah sahaja tak ada.

“Sebab itu kita mahu kerajaan negeri dan Pusat buat padanan geran ini untuk sama-sama bantu dan berganding bahu memperkasa KAFA,” katanya bahawa kini KAFA Sabah memiliki 2,173 pengajar dan lebih 40 ribu pelajar.

Dalam pada itu, Fuziah menyarankan individu, syarikat korporat serta yayasan di Sabah membantu KAFA negeri menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan