Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wakil Penampang Unduk Ngadau 2016

12:13pm 01/06/2016 Leolerry Lajius 2484 views Tempatan
Sherry (tengah) diapit oleh para pemenang yang lain sambil diperhatikan oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M Jasni.-Gambar Oleh  Alex Mairin

Sherry (tengah) diapit oleh para pemenang yang lain sambil diperhatikan oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M Jasni.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sherry Anne Laujang, mewakili Penampang dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan tahun 2016 semalam.

Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM6000.00, biasiswa tajaan Asian Tourism International College bernilai RM25,000.00, biasiswa tajaan Help College of Arts and Technology Kuala Lumpur bernilai RM13,750.00, trofi  serta set produk produk dan rawatan kecantikan.

Sherry juga turut menerima telefon dan kredit tajaan Hotlink, trofi, bag dan berpeluang menginap selama dua hari satu malam di Nexus Karambunai Resort, penerbangan pergi dan balik ke Saigon Vietnam, hamper serta aksesori.

Di tempat kedua pula disandang oleh Claryssa Henry mewakili Kudat, yang membawa pulang wang tunai bernilai RM4000.00, telefon bernilai RM2,499.00 serta kredit RM50.00 sebulan selama setahun tajaan Hotlink, trofi dan berpeluang menginap selama dua hari satu malam di Nexus Karambunai Resort.

Hadiah lain adalah, hamper, Voucer tajaan Servay, bag dan set produk dan rawatan kecantikan.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Fenny Ester Joslin mewakili Banggi yang membawa pulang wang tunai bernilai RM3000.00, telefon bernilai RM1098.00 serta kredit RM50.00 sebulan selama setahun tajaan Hotlink, trofi, bag, berpeluang menginap selama dua hari satu malam di Nexus Karambunai Resort,  aksesori, hamper, Voucher dan set produk serta rawatan kecantikan.

Pemenang tempat keempat iaitu Vinny Alvionitta Sasisting mewakili Matunggong, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2000.00, tempat kelima Christine Joan Charles mewakili Papar membawa pulang wang tunai bernilai RM1800.00, tempat keenam Patriciaelsa Jimy mewakili Klang Valley yang membawa pulang wang tunai bernilai RM1700.00 dan di tempat ketujuh Charmine Bartholomew mewakili Kapayan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM1500.00.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan