Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wakil dari setiap kompleks beli belah bakal dipanggil bagi membincangkan langkah penjagaan kebersihan

5:38pm 22/03/2016 Leolerry Lajius 103 views Tempatan
Yeo (tengah) menuangkan cecair EMAS pada saliran parit di Daya Hotel.-Gambar Oleh Alex Mairin

Yeo (tengah) menuangkan cecair EMAS pada saliran parit di Daya Hotel.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Wakil dari setiap kompleks belih belah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu akan dipanggil bagi membincangkan usaha untuk meningkatkan kualiti kebersihan di bandaraya ini.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, kompleks beli belah Karamunsing merupakan salah satu contoh terbaik yang boleh dijadikan contoh oleh kompeks beli belah yang lain kerana telah berjaya meningkatkan kualiti kebersihan di kompelks tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa kompleks beli belah Karamunsing telah berjaya meningkatkan kualiti kebersihan di tempat tersebut dan masalah bau busuk juga telah mampu diatasi.”

“Sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti kebersihan di kompleks beli belah yang lain saya kan memanggil wakil-wakil dari setiap kompleks belah belah  untuk duduk semeja bagi membincangkan langkah proaktif ke arah menjadikan bandaraya ini sebagai kawasan bebas sampah,” katanya ketika ditemui media sempena majlis perasmian logo baru Kinabalu Daya Hotel dan juga pelancaran Inai Refleksologi di Daya Hotel, di sini, hari ini.

Menurut Yeo lagi, program dengan kerjasama pihak sekolah yang telah dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan pada tahun ini jumlah sekolah yang terlibat akan ditambah kepada 83 buah sekolah daripada hanya 26 buah sebelum ini.

“Kita tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini melalui penguatkuasaan tetapi kita akan mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menjalin kerjasama dengan semua pihak agar turut serta dalam usaha ini,”katanya.

Sementara ketika berucap sempena majlis tersebut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak Daya Hotel kerana terus berdiri sebagai salah sebuah hotel yang memberikan pelbagai kemudahan kepada pelancong dan masyarakat setempat di bandaraya ini.

“Tahniah kepada pihak Daya Hotel kerana sejak mula beroperasi pada tahun 1995, pelbagai usaha penambahbaikkan telah dilaksanakan oleh pihak hotel untuk memberikan perkhidmatan kepada pelancong dan masyarakat setempat.”

“Hari ini pihak hotel telah membuat satu lagi pembaharuan dengan memperkenalkan logo bagu dan juga pelancaran Inai Refleksologi yang membuktikan Daya Hotel ini yang juga mengetengahkan makanan tempatan adalah setanding dengan hotel yang lain,” katanya.

Dalam majlis tersebut Yeo juga telah melancarkan sabun organik serbaguna (EMAS) yang berupaya menghilangkan bau busuk dan meningkatkan kebersihan di kawasan saliran sebagai sokongan pihak Daya Hotel kepada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam program mengitar semula sisa makanan yang telah dilancarkan oleh pihak DBKK.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan