Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wajib periksa HIV

10:56am 25/01/2016 Pak Roshan 0 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Bogor: Pihak berkuasa bandar di Jawa Barat ini mewajibkan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani ujian pemeriksaan HIV.

Ia usaha untuk mengekang wabak itu daripada merebak di bandar berkenaan.

Datuk Bandar, Bima Arya Sugiarto menjelaskan semalam, peraturan itu dikeluarkan sebagai reaksi kepada laporan baru-baru ini yang menunjukkan peningkatan kes HIV dan AIDS di bandar itu.

Menurut data terbaru, sehingga pertengahan 2015, 2,600 penduduk Bogor disahkan menghidap HIV dan 976 dikatakan menghidap AIDS.

Bogor, bandar satelit di selatan Jakarta terkenal kerana kawasan peranginan yang cantik, khususnya di sekitar Cisarua-Puncak.

Namun, ia juga dikenali kerana mempunyai sejumlah besar pekerja seks.

Jumlah kes HIV di Bogor adalah yang tertinggi dalam kalangan bandar di wilayah Jawa Barat dan pihak berkuasa percaya angka rasmi yang dikeluarkan adalah sebahagian kecil daripada kes yang wujud.

“Kebanyakan kes tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa,” kata Bima. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan