Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wajib pakai gelang elektronik

9:24am 02/07/2016 Pak Roshan 9 views Global
PEMANDANGAN di Masjidilharam, Makkah.

PEMANDANGAN di Masjidilharam, Makkah.

Riyadh: Jemaah haji tahun ini dikehendaki memakai gelang keselamatan elektronik, lapor akhbar Arab Saudi semalam, selepas lebih 2,000 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan tahun lalu.

Akhbar Arab News dan Saudi Gazette melaporkan, langkah keselamatan berteknologi tinggi itu akan membantu pihak berkuasa menyediakan keselamatan dan mengenal pasti jemaah.

Sekurang-kurangnya 2,297 jemaah terbunuh dalam kejadian rempuhan pada 24 September lalu, menurut data pegawai asing dengan sebahagiannya menyuarakan rasa kesal kerana kesukaran mengecam mangsa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Saudi berkata, hanya 769 orang mati dalam kejadian itu.

Ia bencana paling buruk dalam sejarah haji.

Gelang kalis air itu akan dihubungkan dengan sistem lokasi GPS dan menyimpan maklumat peribadi setiap jemaah, termasuk alamat dan rekod perubatan.

Menteri Dalam Negeri, Putera Mahkota Mohammed bin Nayef mengarahkan siasatan berkait dengan kejadian tahun lalu, tetapi hasil siasatan tidak pernah diumumkan.

Dalam satu lagi langkah untuk menjamin keselamatan, lebih 800 kamera dipasang di Masjidilharam baru-baru ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan