Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wajib lulus ujian bau badan

9:06am 14/11/2015 Pak Roshan 20 views Global
PENUNGGANG motosikal teksi wanita menunggu pelanggan di sebatang jalan di Jakarta.

PENUNGGANG motosikal teksi wanita menunggu pelanggan di sebatang jalan di Jakarta.

Jakarta: Syarikat pengendali perkhidmatan teksi motosikal, UberJEK berjanji hanya memilih penunggang yang tidak memiliki bau badan yang busuk.

UberJEK adalah syarikat terbaru menawarkan tempahan teksi motosikal melalui aplikasi telefon pintar yang bakal beroperasi di Jakarta pada tahun depan.

Syarikat itu berjanji hanya mereka yang lulus ujian bau badan bakal dilantik sebagai penunggang motosikal teksi mereka.

Laman sesawang syarikat memaparkan satu gambar seorang pelancong asing sedang mencium ketiak seorang lelaki tempatan.

“Maaf, jika anda mempunyai masalah bau badan, anda tidak boleh menjadi penunggang UberJEK,” kata keterangan gambar itu.

Motosikal teksi atau dikenali sebagai Ojek sudah lama menjadi pilihan penduduk di bandar yang terkenal dengan kesesakan jalan raya yang teruk itu.

Pengasas UberJEK, Aris Wahyudi berkata, dia mengambil keputusan memasukkan ujian bau badan dalam proses temu duga selepas menerima banyak aduan daripada pelanggan.

“Ujian ini diadakan demi kepuasan hati pengguna kerana kami menerima banyak aduan mengenai bau badan penunggang,” katanya.

Aris berharap, janji UberJEK mengambil penunggang yang tiada masalah bau badan bakal memberi kelebihan kepada syarikat itu untuk bersaing dalam pasaran yang sengit itu.

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan aplikasi perkhidmatan motosikal teksi termasuk Ladyjek dan Sister Ojek yang menawarkan penunggang wanita. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan