Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wajar Pertimbang Kenaikan Elaun Ketua Kampung Di Sabah

9:23pm 22/11/2016 Pak Roshan 20 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir

joniston

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri disaran agar mempertimbangkan kenaikan elaun ketua kampung di Sabah daripada RM650 sekarang bagi meringankan beban kos yang terpaksa ditanggung pemimpin masyarakat berkenaan ketika melakukan urusan rasmi.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan memandangkan sebahagian besar ketua kampung di Sabah tinggal jauh dari kawasan bandar dan memerlukan perbelanjaan lebih apabila keluar berurusan di Mahkamah Anak Negeri.

“Saya bangkitkan perkara ini kerana dalam Bajet Negara yang dibentangkan perdana menteri baru-baru ini, elaun ketua-ketua kampung di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada RM900.

“Saya difahamkan keputusan menaikkan elaun ketua kampung di Semenanjung Malaysia adalah atas sebab mereka juga menjalankan tugas sebagai pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” kata ketika membahaskan Bajet 2017 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Joniston turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerana meneruskan penyaluran peruntukan sebanyak RM32 juta pada tahun depan untuk aktiviti dan keperluan pertubuhan keagamaan bukan Islam dan sekolah Cina serta Mubaligh.

Katanya langkah yang diambil kerajaan di bawah pimpinan Musa jelas membuktikan bahawa Musa menghormati kebebasan beragama dan menghargai kepentingan keharmonian kaum serta perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Sebagai Kerajaan Negeri yang terbukti berlaku adil melayani permintaan rakyat berbilang kaum dan agama, saya yakin ketua menteri akan terus mengekalkan peruntukan khas ini pada tahun-tahun mendatang dan mungkin mempertimbangkan untuk menambah jumlahnya,” katanya.

Menyentuh mengenai peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang bakal diwujudkan berikutan pembentangan bajet tahun depan itu, Joniston berharap rakyat tempatan diberi keutamaan untuk menjawat jawatan yang bakal tersedia.

Menurutnya terdapat rungutan bahawa pada masa ini ada jawatan yang layak disandang oleh penduduk tempatan namun diberi kepada orang luar atas alasan belum ada orang tempatan yang berkelayakan.

“Ada juga dakwaan bahawa alasan ketiadaan pakar tempatan dalam bidang tertentu sering digunakan sebagai justifikasi untuk mengambil pekerja dari luar, seperti dalam sektor gas dan minyak,” katanya.

Justeru, Joniston mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan unit khas untuk meneliti setiap permohonan permit kerja daripada pekerja luar sebelum memberi kelulusan bagi memastikan orang tempatan yang berkelayakan diberi keutamaan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan