Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wajah Suspek Utama Kes Kelar Nursyuhada Didedahkan

Nursyuhada

GEMPAR semalam apabila kes pembunuhan menyayat hati Nursyuhada Bt Johari, 20 yang dikelar oleh kenalan lelakinya di atas lebuhraya Plus amat memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.

Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Melalui blog C2SINI, Hari ini gambar suspek yang berjiwa binatang itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.

Wajah suspek pembunuh Nursyuhada 1 black

penuntut-universiti-maut-dikelar-700x406

Diharap perbuatan suspek yang bertindak diluar batasan tersebut akan dibalas dengan setimpal.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada masyarakat khususnya kaum wanita agar berhati-hati walau dimanapun berada.-MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan