Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wajah pembunuh kejam Istanbul

Antara mangsa yang maut, pereka fesyen muda dari India Khushi Shah dan Rita Sami, 26, anak perempuan ahli perniagaan terkemuka Lubnan Ilyas Schami. - Foto Agensi
Antara mangsa yang maut, pereka fesyen muda dari India Khushi Shah dan Rita Sami, 26, anak perempuan ahli perniagaan terkemuka Lubnan Ilyas Schami. – Foto Agensi

Istanbul: Polis Turki menyiarkan gambar lelaki yang disyaki penyerang kelab malam Reina yang membunuh 39 orang, berswafoto di kawasan dipercayai Dataran Taksim di sini, sebelum dia melakukan serangan itu.

Daily Malil melaporkan, gambar itu disiarkan selepas 12 orang ditahan untuk siasatan kes berkenaan.

Selain itu, polis juga menyiarkan gambar petikan rakaman CCTV menunjukkan lelaki dipercayai penyerang itu menyerahkan dokumen perjalanannya di kiosk pemeriksaan sempadan, berjaket hitam dengan penutup kepala merah. Pasukan penyiasat percaya lelaki itu berasak dari Kyrgyzstan.

Rakaman CCTV lain menunjukkan lelaki berkenaan bertengkar dengan pemandu teksi yang tidak dinyatakan lokasinya.

Petikan rakaman CCTV itu antara usaha polis Turki mengesan penyerang terbabit yang tidak banyak maklumat diketahui mengenainya. Polis enggan menyatakan nama dan kerakyatan lelaki disyaki itu.

Namun, penganalisis berpendapat dia profesional, amat terlatih dan fokus dalam melaksanakan tugas seperti melakukan serangan yang didakwa Daish, cabang militan Negara Islam (IS) dilakukan anggotanya

Lelaki itu dipercayai tiba di kelab malam eksklusif berkenaan dengan teksi, melepaskan tembakan di pintu masuk kelab dengan raifal Kalashnikov sebelum berjalan masuk ke dalam kelab sambil melepaskan tembakan menggunakan empat kelopak peluru iaitu kira-kira 120 tembakan selama lima minit setengah .

Selain 39 orang yang maut, seramai 70 lagi cedera dalam serangan ketika pengunjung kelab sedang meraikan ketibaan Tahun Baru.

Antara yang terbunuh ialah jutawan hartanah terkenal India Abis Rizvi, ketua pegawai eksekutif Rizvi Builders, pereka fesyen muda dari India Khushi Shah, Rita Sami, 26, anak perempuan ahli perniagaan terkemuka Lubnan Ilyas Schami, ahli perbankan Lubnan, Heykel Müsellim, ketua keselamatan kelab malam, seorang pengawal keselamatan wanita kelab malam itu dan pemandu bas yang membawa sekumpulan pengunjung ke kelab. – Agensi/HMetro

Petikan rakaman CCTV menunjukkan penyerang tiba dengan teksi dan melepaskan tembakan sebaik masuk ke dalam kelab. - Foto Agensi
Petikan rakaman CCTV menunjukkan penyerang tiba dengan teksi dan melepaskan tembakan sebaik masuk ke dalam kelab. – Foto Agensi
Gambar lelaki disyaki penyerang kelab malam di Istanbul yang membunuh 39 orang. - Foto Agensi
Gambar lelaki disyaki penyerang kelab malam di Istanbul yang membunuh 39 orang. – Foto Agensi

Komen


Berita Berkaitan