Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wailin Randisin menang anugerah sastera Kadazandusun

Wailin menerima tepukan gemuruh selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera kadazandusun. - Foto Sayangsabah
Wailin menerima tepukan gemuruh selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera kadazandusun. – Foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Novel berjudul ‘Rombituon Ko Ginawo Ku’ membawa tuah kepada Wailin Randisin apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Bahasa Kadazandusun 2015 sekaligus membawa wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan sijil pada majlis yang berlangsung di Dewan Hakka, di sini malam tadi.

Tempat kedua dimenangi oleh Colestar @ Calista George Kiloh dari Labuan yang menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil menerusi novel ‘Sundung Romou Ih Tumuru’.

Novel berjudul ‘Sumidang Mai I Tadau’ hasil penulisan Blasius Binjua dari Penampang memenangi tempat ketiga sekaligus menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan sijil.

Seramai tujuh pemenang lain turut menerima hadiah saguhati wang tunai berjumlah RM500 dan sijil yang disampaikan oleh Tan Sri Bernard Dompok.

Majlis anugerah tersebut diadakan bagi memberi penghargaan kepada penulis di atas sumbangan mereka dalam bidang kesusasteraan bahasa Kadazandusun.

Sementara itu, Dompok semasa berucap merasmikan majlis itu menyeru agar penggunaan bahasa ibunda tersebut terus ditingkatkan bagi memastikan ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan