Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wad pesakit buah pinggang Hospital Tenom kurang selesa

Raime melawat sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad Hospital Tenom. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Raime melawat sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad Hospital Tenom. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menyediakan satu ruang yang lebih luas dan selesa kepada para pesakit buah pinggang di wad rawatan hemodialisis di Hospital Tenom.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, wad rawatan yang sedia ada pada masa kini amat sempit dan kurang selesa selain penambahan bilang pesakit yang menghidap penyakit berkenaan setiap tahun.

“Dengan adanya ruang yang lebih selesa dan kelengkapan kemudahan rawatan berkaitan mengenai penyakit itu sudah tentu akan memberi keselesaan para pesakit untuk menerima rawatan terutamanya para kakitangan hospital tersebut dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ziarah Ramadan di Hospital Tenom, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya telah meluluskan sejumlah RM200,000 untuk pembaikan masjid dan surau yang usang di sekitar daerah ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan