Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Vokalis Ungu Calon Datuk Bandar Palu

pasha

Palu – Vokalis kumpulan Ungu, Pasha menjadi calon pertama mendaftar untuk dipilih sebagai Datuk Bandar Palu menjelang pemilihan jawatan itu tahun ini.

Mewakili Parti Demokrat, Pasha ditemani keluarga dan penyokongnya tiba di pejabat Dewan Perwakilan Daerah Sulawesi Tengah kira-kira jam 11 pagi semalam.

Borang pencalonan Pasha – atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said – diterima Ketua Jawatankuasa Pemilihan Datuk Bandar Palu, Zulfakar Nasir dan setiausahanya, Jaury Sakkung.

Penyanyi berusia 35 tahun itu dilihat menyerahkan beberapa helaian kertas kepada anggota pemilihan bagi melayakkannya bertanding.

Sejak pendaftaran dibuka, baru dua calon hadir menawarkan diri dalam pemilihan akan datang iaitu Pasha untuk Palu dan Mahmud Ibrahim bagi jawatan Pegawai Daerah Morowali Utara.

Ketua kempen Pasha, Roy Sumakul berkata, setakat ini hanya Parti Demokrat dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan membuka pendaftaran rasmi untuk pemilihan akan datang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan