Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Vokalis The Mercy’s meninggal dunia

mercy

Jakarta: Penyanyi yang juga komposer ternama Indonesia, Rinto Harahap meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura kelmarin.

Berita kematian penyanyi legenda itu disahkan menantunya, Thariq Mahmud melalui laman sosial.

Thariq adalah suami kepada anak sulung Rinto, Cindy Claudia.

Rinto dilahirkan di Sibolga, Sumatera Utara dan berkahwin dengan Lily Kuslolita dari Solo.

Mereka dikurniai tiga anak.

Menurut Thariq, Rinto berusia 65 tahun dan meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dan kanser tulang.

Sementara itu, saudara Rinto, Yos, mengakui penyanyi itu uzur sejak akhir-akhir ini namun tetap bersemangat.

“Dia sukar bercakap, namun melalui sekeping kertas dia pernah menulis keinginannya mencipta lagu baru.

“Rinto juga bersemangat menyatakan keinginannya mengadakan konsert,” katanya.

Pada 1970-an, Rinto menganggotai kumpulan The Mercy’s bersama dua lagi rakannya, Charles Hutagalung dan Reynold Panggabean.

Rinto pernah memiliki syarikat rakaman Lolypop dan mempopularkan beberapa penyanyi, termasuk Nia Daniati, Betharia Sonata, Christine Panjaitan, Iis Sugianto, dan Eddy Silitonga.

Jenazah Rinto selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kandang di Ciganjur, Jakarta semalam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan