Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Viva dan lori 3 tan bertembung, seorang cedera

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada Perodua Viva.
Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada Perodua Viva.

KOTA KINABALU: Seorang mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan Perodua Viva dan sebuah lori tiga tan di jalan kinarut, Papar.

Mangsa mengalami kecederaan kerana tesepit pada kenderaan yang dinaiki mangsa selepas bertembung dengan lori tiga tan tersebut.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 11.59 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 14 kilometer itu pada jam 12.17 tengahari.

Operasi yang diketuai oleh PgKBI Khairul Azuwan Ibrahim bersama enam anggota yang lain tamat pada jam 1.03 minit petang.

Mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan